Pages

Friday 21 June 2013

Kes Tersasul




gelak sorang2 aku baca citer2 tersasul neh....adoooiiii....


TERSASUL 1:
i dgn kakak i nak beli kek kat kedai kek.. kami selalu beli kek kat situ.. then kami nampak ada pekerja baru kat kaunter tu.. selalunya org lain yg jaga..lepas kakak i dok usya2 kek kat situ, dia mintak kat pekerja baru tu dgn konfidennya:
"abg, nak BLACKBERRY satu slice."
 yg paling aku x tahan, abg tu pon macam blur2, maklumla, baru masuk keje.. dia pon pergi jenguk kat rak kek tu, then dia tanya:
"blackberry yg mana satu ye dik?"
 i dah gelak kuat gila masa tu! sepatutnya BLUEBERRY! mana ada org guna BLACKBERRY buat kek! gila! hahaha.. yg penjual kek tu pulak, boleh pulak blur2, xperasan yg kek dia tu kek blueberry, bukan blackberry

TERSASUL 2:
masa bulan puasa,aku pegi la gerai kwn skolah aku yg mmg dr dulu jual rojak.gerai rojak die ni mmg terkenal dr dulu kat town ktorg ni.so masa nak order aku tgk la menu rojak die,then bile dah pilih aku ckp kat die ' bagi aku sotong buah rm5',pastu kwn aku semacam jer nengok aku n tny balik 'rojak ape?'...aku jwb 'sotong buah'. 'ko ni nak order sotong kangkung or rojak buah?' pastuh aku jwb 'rojak buah' ....malu la dgn pekerja die.smp skrg kalo gi gerai die msti die ckp 'nak beli sotong buah ker?'....maluuuuuu.......

TERSASUL 3:
then kat restoren McD kat shopping complex.....aku order la ngn budak tu,'dik nak double cheeseburger set'.then die tny 'nak medium ke large?' aku selamber badak jer menjawab 'MANUAL'.....pastuh budak tu bantai gelak,dgn aku skali gelak.hahahaha.....mcm mana la aku bleh sebut manual.budak tu antar makanan kat aku pun die ckp 'manual ye kak?'
Masa ni zaman belajar kat Bangi...tapi ni taklah kjelakor sgt..

Jom Ketawa.

Aku nak kongsi kisah-kisah yang boleh buat aku ketawa sensorang tiap kali membacanya...jommmmm...




Kisah Pertama:

Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kapcai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami buddha duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan. lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.


Kisah Kedua.

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit selok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkang sorang sorang dilampu isyarat,macam ape entah..gelak pulak tu dia orang.

Wednesday 19 June 2013

3 Jenis Wanita



1. Wanita Genit
  • si cantik jelita yang sentiasa memakai pakaian yang indah dan cantik. tingkah lakunya menarik dan memikat hati. semua kehendaknya mesti dipatuhi. dan segala keinginannya merupakan perintah yang harus dijunjung. wanita genit biasanya bersikap terlalu mementingkan diri sendiri. seluruh perhatiannya ditumpukan untuk mencapai apa saja yang diingini. dia selalu bertindak kejam dan bersikap suka menyeksa tanpa belas kasihan dan timbangrasa. 

2. Wanita Ibu
  • wanita yang baik hati yang sentiasa menyintai rumah tangganya, memuja anak-anaknya dan menjunjung suaminya. dia adalah surirumah tangga yang sentiasa lincah bekerja dan berusaha di merata pelosok rumahnya dan tidak jemu-jemu melaksanakan tugas rumahtangga yang tidak pernah habis itu.

Petua Menawan Hati Suami..Teori vs Actual




1. selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
Actual: doa supaya suami sayang adinda sorang je dan bukan orang lain seperti mentua, ipar dan bini-bini yang lain.

2. bila suami balik keje, tegur dan sentuhlah suami sebelum kita membuat keje lain.
Actual: laki bau masam, berpeluh, bau asap dan diesel. Nak sentuh pun takut. Nak tegur tapi suami muka masam semacam, sebab boss sudah marah kat opis. Baik diam je dulu…

3. tunjukkan keprihatinan dengan bertanya kegiatan suami sepanjang hari kat opis.
Actual: laki sudah satu hari berdepan dengan client, rakan sekerja dan boss, nk terangkan pulak pada adinda bini, huhh otak dah tepu nk bercakap!

4. belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
Actual: adinda bini pun nak cerita jugak apa yang terjadi kat opis dan rumah. Dua2 nak bercerita takdak sapa nak dengar.

Wednesday 12 June 2013

Petua Mengasihi Isteri




  1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik, ataupun sekadar mengucapkan “I love u”.
  2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari
  3. Tolong kemaskan katil dan tempat tidur
  4. Tolong terbalikkan stoking dan seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
  5. Tolong buang sampah tanpa disuruh
  6. Bila keluar outstation, tolong telefon isteri untuk memberitahu hotel penginapan atau memberitahu yang kita sudah sampai.

Monday 10 June 2013

"Mata" Seorang Ibu Buta


Pengalaman ini aku lalui ketika menghadiri satu kursus di Kuala Lumpur..aku bukan nak kongsi pengalaman berkaitan dengan kursus tetapi satu peristiwa yang terjadi di depan mataku ketika aku dalam perjalanan ke hotel penginapan….mungkin bagi orang lain peristiwa macam tu biasa saja tapi bagi aku, ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku sehingga ke hari ini…..

Kisahnya bermula ketika aku mula-mula sampai di TBS..hari Ahad, setelah turun daripada bas ekspress, aku bergegas ke stesen lrt memandangkan hari dah mula petang dan aku telah berjanji akan bertemu rakan di stesen Bandaraya untuk ke hotel penginapan yang terletak berhampiran dengan Maju Junction. Ketika menunggu lrt, orang mula membanjiri untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan tersebut..mataku tiba-tiba “tertangkap” kelibat ibu bersama anak kecik yang aku andaikan dalam usia 8 tahun barangkali…si anak memimpin tangan ibu (aku agak dalam ligkungan awal 40 an) sambil menggoyang-goyangkan botol air mineral lama di tangannya..mula-mula aku buat tak tau je, tetapi bila si ibu berpaling padaku, si ibu rupanya BUTA…aku memerhatikan saja gelagat kedua beranak itu…si ibu mmg bergantung 100% harapan pada si anak untuk membawanya ke destinasi yang tidak ku ketahui..aku mula risau….

Orang ramai makin memenuhi tempat itu..kedua beranak itu makin tertolak dan tertolak ke belakang..apalah kudrat seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun untuk melawan kekuatan orang ramai yang semakin sesak…aku terus mendekatkan diriku ke arah mereka, cuba dan terus mencuba untuk berdiri sehampir yang mungkin dengan si ibu..

Mengenali insan bernama Lelaki


LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.



Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Oleh itu, sedikit kajian telah dibuat untuk mengenali lelaki melalui tindakannya:

  •  Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.
  •  Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Tanda Tanda Jatuh CINTA


Masih ingatkah saat-saat kita jatuh cinta?? perasaan terasa di awang- awangan....semua yang dipandang tampak indah dan manis belaka....Jatuh cinta adalah perkara yang paling membahagiakan dalam hidup. Ketika saat-saat jatuh cinta anda akan sedar betapa indahnya dunia seperti anda adalah orang paling bertuah dan bahagia di dunia ini. Tambahan pula orang yang dicintai turut membalas rasa cinta itu..ohhh..alangkah bertuahnya diri!

Cinta adalah perasaan yang lahir dari dalam hati yang berlaku apabila anda mula membayangkan si dia disamping anda dimana perasaan rindu, sayang dan cinta yang lahir dari hati berkaitan dengan lawan jantina anda iaitu kepada lelaki yang cinta pada wanita dan juga cinta wanita kepada lelaki.
Jadi bagaimana kita hendak mengetahui yang kita telah jatuh cinta?jom kita semak tanda-tanda di bawah....


1. Rindu

Setiap hari anda akan terbayang-bayang wajahnya dan terngiang-ngiang suaranya di telinga anda. Sehari tidak berjumpa bagaikan setahun lamanya. Saat itu anda akan resah dan tidak senang duduk dan kalau boleh anda ingin berjumpanya atau berhubung dengannya setiap saat dan setiap waktu.
Apabila anda tidak dapat berjumpanya anda akan menggunakan cara lain untuk melepaskan rindu mungkin dengan menghubunginya, itu pun jika si dia tidak sibuk atau menatap gambarnya dan tersenyum sorang-sorang dengan membayangkan apa sahaja yang boleh melepaskan rindu anda padanya.