Pages

Wednesday 31 October 2012

Personaliti Libra



Personaliti Libra
libra adalah lambang dacing yang memberi gambaran seorang yang berhati lembut dan juga penuh dengan sifat-sifat pengasih serta mudah bersimpati terhadap kesusahan orang lain. kamu tidak suka melihat adanya insan lain yang bersedih. sedaya upaya kamu akan cuba memberi bantuan. kamu juga cintakan kedamaian serta keindahan. namun mereka tidak suka hidup bersendirian dan kalau boleh sepanjang amsa ingin dikelilingi teman-teman. libra juga bijak dalam menjalinkan persahabatan. kamu gemar berada dalam susana romantik walaupun ketika sibuk menjalankan tugas. kamu merupakan pekerja yang patuh pada arahan dan setring melahirkan suasana kerja yang menyenangkan. dalam menumpukan perhatian pada bidang kerja yang diceburi, kamu dianggap golongan yang berkaliber, bijak serta rajin. hasil dari itu, tidak hairanlah sekiranya kamu berpeluang untuk terus maju ke hadapan. cinta bagi kamu adalah sederhana dan ini dapat dilihat dari cara kamu mengendalikannya. kamu bersifat lemah lembut terhadap pasanganmu untuk memberi kebahagiaan. tetapi adakalanya kamu tidak berkeyakinan sama ada telah terjebak dalam cinta atau sebaliknya. percintaan kamu kerap berakhir tanpa alasan.

Tuesday 30 October 2012

Ibu atau Anak

Kisah utk renungan...

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Monday 22 October 2012

Isteri Tersayang.

 Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat baik saya) yang ceritakan dari email. Nama,watak serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.


Zubir, seorang lelaki.
Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa.
Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu.
Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat . Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Rahsia Wanita



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Dia Isteriku

“Aliyah, Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, Mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Penghabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Friday 19 October 2012

Fakta Menarik

1.       Sekeping coklat mampu memberikan tenaga yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk berjalan sejau 150 kaki.
2.       Tubuh manusia dewasa secara purata memerlukan 88 paun oksigen setiap hari.
3.       Sebuah biola mengandungi 70 buah bahagian kayu yang berbeza.
4.       Setiap tahun, dianggarkan kilat akan membunuh hampir 1000 orang manusia.
5.       Jangka hayat bagi setiap bulu mata ialah lebih kurang 150 hari.
6.       Menurut kajian, kanak-kanak yang berdengkur dalam tidurnya akan menjadi pelajar yang tidak begitu cemerlang di sekolah.
7.       Dinasour yang paling besar di dunia pernah ditemui ialah jenis Seismosaurus yang sepanjang 100 kaki.
8.       Lebih banyak kuman akan disebarkan apabila kita berjabat tangan.
9.       Zirafah hanya akan tidur selama 20 minit sahaja setiap hari ataupun paling maksumum hanya 2 jam dan mereka tidak pernah berbaring.
10.   Gajah Afrika akan kekal mengandung selama 22 bulan.
11.   Peratusan untuk terus hidup setelah diserang ular Black Mamba ialah sebanyak 95 peratus.
12.   Kepala manusia akan kekal dalam keadaan sedar selama 15 sehingga 20 saat setelah kepalanya dipancung.
13.   Ikan jerung satu-satunya ikan yang boleh mengrdipkan mata di kedua-dua belah matanya.