Pages

Thursday 30 August 2012

Untuk Yang Bergelar Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

Monday 27 August 2012

Dongakkanlah Kepalamu.

tinggg...!!
wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang asyik membancuh simen. melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerjanya. tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan memasukkannya kedalam poket. dia menyambung semula kerjanya..

tinggg..!!
sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. tiada sesiapa yang berdekatan dengannya. sekali lagi, dia terus mengambil syiling itu dan menyimpannya dalam kocek.

tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling yang berdekatan dengannya. pun sama, sia mengambil lalu menyimpannya.."rezeki aku!"..kata lelaki itu dalam hati..


Bila Hati Mencintai.

cinta...
adalah perkara yang terindah dalam hidup seseorang...saat jatuh cinta, dunia rasa begitu indah...segala yang dipandang rasa begitu menarik..tengok pokok pun rasa cantik...diri rasa diawang-awangan dan bibir seakan-akan tersenyum tak kira masa....hahahaa...walaupun agak kelakar tapi itulah hakikatnya bila diri jatuh cinta....
setiap masa hanya "dia" yang ada di fikiran...walau sibuk macamana pun, namun dia tetap diingati dan dirindui...tangan sentiasa membelek-belek telefon, kot-kot ada mesej or miscall dari 'dia'....dan otak pun sering terfikir-fikir, apa yang 'dia' sedang buat sekarang ni????....betul tak??..



dan bila hati sudah mula rasa cinta, kita hanya membayangkan semua yang baik-baik saja tentang dia...sesekali dia berbuat khilaf, kita masih mampu untuk memaafkan dia....masih mampu untuk terima kekhilafan dia....kita anggap dia tak sengaja...walaupun kita menangis sebab terlalu sakit hati dengan perbuatan dia, kadang-kadang dengan sebuah perkataan "maaf" dari dia, kita mampu untuk melupakan semua perbuatan dia itu....

Wednesday 15 August 2012

Personaliti Virgo (24 Ogos - 23 Sept)



Personaliti Virgo
kamu yang dilahirkan di bawah lambang anak dara sukakan hasil kerja yang sempurna, mengutamakan kecantikan diri, bersidiplin, manja, praktikal, pemurah dan sedia membantu teman-teman yang berada dalam kesusahan. biasanya kamu sentiasa bersikap tenang dan serius, tetapi agak kolot sedikit. dari segi persahabatan pula, kamu tidak suka menunjuk-nunjuk bahawa kamulah teman yang boleh dipercayai. tetapi kamu adalah seorang teman yang bertanggungjawap. kamu suka belajar tentang sebarang jenis kerja asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. oleh sebab itu kamu tekun, cekap dan sentiasa produktif sebagai ganjaran atas sikap kamu itu. orang virgo mudah mendapat wang, tetapi kamu bukan pemboros. sebaliknya kamu suka menyimpan. jika terbabit dalam sebarang pelaburan, ada baiknya kamu berhati-hati kerana risikonya tinggi. selain itu, virgo bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada teman-teman yang memerlukan. jika ada sedikit masalah, kamu lebih senang berkurung atau menyendiri di rumah. kamu juga sukakan kanak-kanak tetapi agak tegas. rumah orang virgo sentiasa kemas, bersih dan teratur. perlu diingat, jika kamu berada di rumah virgo, jangan sesekali kamu cuba membuat sepah atau mengalih susunan perabotnya.

Thursday 9 August 2012

Personaliti Leo (23 Jul - 23 Ogos)



Personaliti Leo
leo merupakan golongan yang suka memerintah tetapi tidak suka diperintah. kamu tidak suka kepada teman-teman yang suka mengarah melakukan itu dan ini kerana kamu berpendapat setiap apa yang diperlakukan itu merupakan tanggungjawap seseorang dan orang lain tidak seharusnya turut melibatkan diri. kamu juga terkenal dengan sikap suka berterus-terang, penyayang, berdikari dan berjiwa besar. kamu tidak suka dikongkong kerana kamu percaya dengan adanya kebebasan seseorang itu akan lebih berjaya dalam hidup.bercinta dianggap sesuatu yang paling unik dan mengghairahkan bagi kamu. kamu akan cuba memahami sikap si dia dan menghargai setiap apa yang diperlakukan dengan syarat si dia juga sedia memahami tanggungjawapmu dalam apa jua perkara. slain itu, kamu juga tidak mudah putus asa untuk mendapatkan sesuatu yang kamu impikan. kamu berani dan tidak gentar dalam memberi pendapat serta idea walaupun menerima tamparan hebat. bagaimanapun warga leo biasanya bersikap angkuh dan sombong. disebabkan itu kamu kurang disenangi oleh teman-teman, namun masalah ini dapat diatasi dengan mudah apabila kemewahan memainkan peranan utama.

Kisah Penjual Telur

Situasi di sebuah pasar..

Pembeli: dik, telur sekilo berapa?
Penjual: telur ayam atau telur itik?
pembeli: telur ayam.
penjual: telur ayam biasa atau ayam kampung?
pembeli: ayam biasa.
penjual: yang tempatan atau yang import?
pembeli: yang tempatan.
penjual: yang tempatannya, mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?
pembeli: yang Ipoh lah...(sambil garu kepala)
penjual: mahu yang ipoh barat, timur, utara atau selatan?
pembeli: adik ni nak jual telur atau nak jalan-jalan?
penjual: maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. kebetulan yang jual telur pergi makan. jadi saya disuruh berbual-bual dengan pembeli sampai dia datang...

Thursday 2 August 2012

Petua Memilih Suami Yang Penyabar

hmmm...hari ni nak berkongsi petua bagaimana untuk mendapatkan suami yang penyabar..takut jugak tengok kes-kes keganasan rumahtangga sekarang ni....yang selalu menjadi mangsa adalah golongan wanita....kesian kann?? sepatutnya kaum wanita dilindungi dan disayangi, bukannya di sepak terajang, ditengking sesuka hati....

Jadi, sebagai wanita, tak salah untuk kita memilih pasangan yang terbaik untuk kita, yang boleh menjaga kita, membimbing kita dan menyayangi kita hingga ke akhir hayat...tak perlu memandang pada rupa paras yang kacak, kerana kekacakan akan luntur selari dengan peredaran masa...tak perlu mencari yang kaya kerana kekayaan tidak membuat hati kita bahagia andai setiap hari ditengking dan dikasari....tapi carilah seseorang yang mampu membuatkan mata dan hati kita tenang saat bersamanya.....biar susah asal bahagia daripada kaya tetapi menderita...

ok, panjang plak melalutnya....di bawah ni ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mencari suami yang penyabar...insyaallah....