Pages

Monday 30 July 2012

Kasih Seorang Bapa

Sedih betol  tengok iklan ni....tak sedar airmata menitis tengok betapa kasihnya seorang bapa terhadap anaknya, sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan seorang anak..walaupun diri serba kekurangan, tapi tetap ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak......

kita sebagai anak, hargailah kasih sayang orang tua kita....kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa hingga ke hujung nyawa....

Abah....
orang sayang sangat kat abah...walaupun orang jarang berpeluang jumpa abah, tapi orang sentiasa doakan abah supaya panjang umur supaya orang dapat terus bermanja dengan abah...dapat membalas jasa abah besarkan orang selama ni, walapun orang sedar, sampai mati pun jasa abah tak terbalas..tapi orang cuba bah..orang cuba untuk gembirakan abah, bahagiakan abah sampai bila-bila.......

Abah....
orang rindu nak bersembang dengan abah, tapi kekangan masa dan tugas selalu membataskan peluang untuk pulang menjenguk abah.....

Friday 13 July 2012

Kenangan itu

Hmmm..bosan sungguh bekerja di hari Sabtu..dahla ramai kengkawan bercuti, tinggal je beberapa "ketul" staff kat opis ni....sunyi tak payah cerita laa..disebabkan keboringan aku dah mencapai tahap yang tak boleh dibawa berunding lagi, maka aku mulalah membizikan diri dengan menyelongkar locker dan jugak segala laci yang ada..kurang-kurang ada jugak bende yang bleh di buat sementara menunggu pukul 5...

satu demi satu fail aku keluarkan, susun-susun surat, memo, minit mesyuarat dan  segala mak nenek dokumen..mana yang patut simpan, aku simpan, mana yang dah mencapai tarikh luput, aku buang...nak simpan pun xde motif gak....

pastu aku capai pulak kotak misteri..cewahhh...ntah hapa la aku letak dalam kotak tu, lama dah tersadai elok je kat dalam locker....bukak je, mak oiii....apa kejadahnya semua ini??..hahha....rupa-rupanya bermacam-macam harta karun aku sumbat dalam tu...hurm,,..satu-satu aku keluarkan..ada CD, kad-kad raya lama, kerongsang, jam tangan, surat-surat cinta ...cewaahhh dan segala macam benda lagi...ah haaa....best jugak ni bongkar isi kotak ni!!!....

Monday 9 July 2012

Bersyukurlah

Assalamualaikum..

agak lama juga aku tak jenguk kat sini, di samping takde mood, kekangan masa juga menjadi faktor....hurmmm...aku pun tak tau nak tulis pasal apa ni...cuma masa rehat tadi, aku terlihat gambar ni..



terus hati ni rasa sebak..nak menitik airmata aku...Ya Allah..perasaan simpati dan sayu meruntun-runtun...betapa masih ada insan yang hidup dalam keadaan sukar dan susah....terpaksa melelapkan mata beralaskan lantai konkrit yang keras dan berdebu....

di saat kita tidur beralaskan tilam yang tebal, empuk, berselimutkan comforter yang tebal, kita terlupa bahawa ramai lagi yang terpaksa tidur beralaskan tanah dan berbumbungkan langit....itu pun kadangkala kita masih merungut-rungut mengatakan tidak dapat tidur kerana tak selesa....

Personaliti Cancer (22 Jun - 22 Julai)



Personaliti Cancer
mereka yang dilahirkan di bawah zodiak cancer merupakan seorang yang berpemdirian tegas dan suka bermuka-muka terhadap kejayaannya. di samping itu juga, cancer selalu bersikap angkuh dan tidak boleh ditegur. kamu anggap apa yang kamu buat semuanya betul. cancer juga tidak suka orang mempersoalkan tentang dirinya. namun setiap kerja yang dilakukan akan dibuat dengan penuh perasaan dan tekun sehingga ia mendatangkan hasil yang memuaskan. dalam pergaulan, kamu seorang yang setia dan penyayang tetapi agak sensitif. cancer gemar bekerja dengan kanak-kanak dan ramai di antara kamu menjadi pendidik dan guru yang dedikasi. kamu juga rapat dengan keluarga terutamanya ibu. walaupun kamu menyayangi keluarga, tetapi ibu diutamakan. kalau boleh semua permintaan ibu kamu tunaikan. faktor inilah yang menyebabkan kamu disayangi, tambahan pula kamu begitu mengambil berat masalah keluarga. setiap masalah yang menimpa keluarga, kamu akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. demi cinta cancer sanggup mengorbankan apa sahaja. seorang yang patuh pada ketua di tempat kerja.